Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
July 6th, 2007 by carbonytte
Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
[Forwarded from a friend of mine, Zaki]
Pada
suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi
jenazah.Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda
lalubertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab
mereka,"Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu
ziarah dan tidak ada pahalabagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan
berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat
orang lelaki.
Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
"Wahai
Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat
roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api
neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
"Wahai
Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan
mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat
dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
"Wahai
Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya,
Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari
akhirat."
"Wahai Fatimah, bagi
setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk
anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti
orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian
kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
"Wahai
Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,
menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu,
Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut
mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan
dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."
Sabda
Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan
janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan
memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah
baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah
taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya
kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahunibadat.
Wanita
yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih
awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari
dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya
dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
Semua
orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah
akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai
purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
Salah
satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula
kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
Sebaik-baik
wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia
menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau
(taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
Semilir